Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri Fantasia Aquapark Fantastic rai 60 asnaf sempena kehadiran Ramadan

Fantasia Aquapark Fantastic rai 60 asnaf sempena kehadiran Ramadan

oleh Ammar Haziq
Pengurusan Fantasia Aquapark Fantastic bergambar bersama sebahagian penerima sumbangan Ramadan.

JITRA – 60 golongan asnaf khariah Masjid Al-Fateh, Tanjung Pauh, Jitra menerima sumbangan sempena menyambut kedatangan Ramadan daripada Fantasia Aquapark Fantastic.

Program yang diadakan bersama rakan niaganya, kelab bolasepak Kedah Darul Aman adalah program CSR dalam menyantuni dan membantu meringankan beban mereka yang memerlukan perhatian.

Pengarah Urusan SAB Global (M) Sdn Bhd, Nar Azaman Ibrahim berkata, usaha itu juga dilakukan bagi memeriahkan lagi kehadiran bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Hadir sama, Penasihat SAB Global (M) Sdn Bhd, Datuk Shahril Abdul Aziz.
Sempena kehadiran Ramadan ini, 

Fantasia Aquapark juga akan mengadakan Buffet Fantasia bermula 2 Ramadan hingga 28 Ramadan dengan menyediakan menu berbeza setiap hari dan keutamaannya adalah masakan kampung. 

Sumbangan dilakukan bagi memeriahkan lagi kehadiran bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Nar Azaman berkata, harga buffet untuk dewasa bernilai RM49.90 dan kanak- kanak pula berharga RM35.

“Jika membuat tempahan awal harga promosi akan diberikan oleh pihak Fantasia Aquapark serendah hanya RM39.90 untuk dewasa,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com