Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri Enam lelaki Thailand, Kemboja ditahan ubahsuai tangki minyak bot

Enam lelaki Thailand, Kemboja ditahan ubahsuai tangki minyak bot

oleh Ammar Haziq
Anggota Maritim menunjukkan tangki bot yang telah diubahsuai.

KUALA KEDAH, 26 November– Enam lelaki warga Thailand dan Kemboja bersama sebuah bot pukat tunda Kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah selepas dipercayai melakukan pengubahsuaian tangki minyak bot secara tidak sah di kedudukan 1.5 batu nautika barat daya Kuala Kedah pada jam 5.30 petang semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Kedah, Leftenan Maritim Zool Hilmi bin Mohd Nadzir berkata, bot nelayan tempatan terbabit ditahan ketika sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan semasa dihampiri oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan Op Aman di sekitar perairan Kuala Kedah.

Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas bot berkenaan, terdapat satu ruang asing telah ditambah di atas rumah bot dan ditutupi kayu yang dilakukan bagi mengaburi pihak berkuasa daripada menghidu aktiviti mereka.

Bot yang ditahan oleh Maritim Malaysia dipercayai melakukan pengubahsuaian tangki minyak bot secara tidak sah di kedudukan 1.5 batu nautika barat daya Kuala Kedah pada jam 5.30 petang semalam.

Anggota penguat kuasa kemudian bertindak memeriksa ruang tersebut dan menemukan sebuah tangki tambahan jenis fiber yang telah diubahsuai dan mengandungi minyak diesel dengan anggaran 700 liter.

Maritim Malaysia mengesyaki bot terbabit terlibat dalam aktiviti penyeludupan minyak disekitar perairan Kuala Kedah.

Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 30 hingga 61 tahun itu ditahan bersama bot serta dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan lanjut.

Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan kesemua mereka berumur dalam lingkungan 30 hingga 61 tahun itu ditahan bersama bot serta dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan lanjut.

Nilai anggaran minyak diesel yang cuba diseludup adalah bernilai RM1505.00.

Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pengusaha bot nelayan tempatan diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang telah diperuntukan.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan negara.

Pihak Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah mengalu-alukan aduan dan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com