Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Maritim selamatkan nelayan diserang strok waktu tangkap ikan

Maritim selamatkan nelayan diserang strok waktu tangkap ikan

oleh Ammar Haziq
Pasukan perubatan Hospital Sultanah Maliha membuat pemeriksaan awal terhadap nelayan yang diserang strok.

LANGKAWI, 18 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah melaksanakan bantuan evakuasi perubatan (MEDEVAC) bagi seorang nelayan tempatan yang diserang strok di perairan Pulau Rebak pada pukul 4.30 petang, semalam.

Terdahulu, MRSC Langkawi menerima panggilan dari kru bot nelayan tempatan terbabit yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan berkenaan salah seorang daripada mereka mengalami strok.

Sebaik menerima maklumat berkenaan, bot PETIR 81 milik Maritim Malaysia telah diaturgerak ke lokasi utk bantuan MEDEVAC bersama petugas kesihatan daripada Hospital Sultanah Maliha Langkawi bagi merawat dan melakukan pemeriksaan awal kepada nelayan Rosli bin Nordin, 50.

Setelah pemeriksaan awal dilakukan, mangsa kemudian dibawa menaiki bot PETIR 81 ke jeti Maritim Malaysia, Bukit Malut sebelum dihantar menaiki ambulan ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, untuk pemeriksaan lanjut.

Maritim Malaysia komited dalam menyalurkan bantuan kepada komuniti maritim setempat serta megalu-alukan untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis 04-9662750 atau MERS 999.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com