Friday, 29, March, 2024
Utama Politik Mahdzir cadang guna gelaran Yang Berkhidmat, bukan lagi Yang Berhormat

Mahdzir cadang guna gelaran Yang Berkhidmat, bukan lagi Yang Berhormat

oleh admin

KUALA NERANG, 16 Nov – Gelaran ‘Yang Berhormat’ (YB) yang sering digunakan bagi merujuk kepada wakil rakyat di negara ini, wajar ditukarkan kepada ‘Yang Berkhidmat’, sesuai dengan situasi semasa.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, panggilan Yang Berkhidmat dilihat lebih tepat bagi menggambarkan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh wakil-wakil rakyat.

“Panggilan ‘Yang Berkhidmat’ itu lebih tepat bagi menggambarkan rekod perkhidmatan setiap wakil rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid

Jika perkara itu dilaksanakan, orang ramai juga boleh menjustifikasikan seseorang wakil rakyat tersebut dengan panggilan ‘Yang Berkhidmat’ yang disandang individu berkenaan.”

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan dan pelajar Kolej MARA Kuala Nerang di sini hari ini.

Jelas Mahdzir yang juga Penyandang dan calon BN bagi Parlimen Padang Terap, penggunaan gelaran itu juga akan menjadikan wakil rakyat lebih dekat dihati rakyat.

“Yang berkhidmat ini perlu sedar bahawa mereka memiliki dua tugas untuk dilaksanakan iaitu membuat dasar di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) serta memberi khidmat kepada rakyat.

Jadi dalam tempoh lima tahun itu, rakyat bolehlah menilai sama ada ‘Yang berkhidmat’ itu benar-benar berkhidmat di kawasan mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com