Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Dua rumah terbakar, bomba kawal api daripada merebak

Dua rumah terbakar, bomba kawal api daripada merebak

oleh Ammar Haziq
Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan dua lagi rumah daripada musnah dalam kebakaran itu.

SUNGAI PETANI, 1 NOV 2022 – Dua rumah sederet musnah dalam kebakaran di Jalan Sungai Jagung Kampung Teluk, dekat sini hari ini.


Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, dua rumah berkenaan masing-masing terbakar 80 dan 40 peratus akibat dijilat api yang merebak dengan pantas.


Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan dua lagi rumah daripada musnah dalam kebakaran itu.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihanknya menerima panggilan jam 12.02 tengah hari memaklumkan mengenai kejadian terbabit.


“Seramai dua pegawai dan 13 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani bergegas ke lokasi kejadian.


“Kerja-kerja mencari dan menyelamat dilakukan dan anggota berjaya mengawal api daripaaa merebak dengan meggunakan pam air daripada jentera,” katanya.

Anggota bomba memadam kebakaran dua rumah di Jalan Sungai Jagung Kampung Teluk, dekat sini hari ini.


Menurutnya, tindakan pantas anggota bomba yang mengawal api dalam tempoh tiga minit berjaya menghalang ia daripada merebak dan menyambar kediaman lain.


“Kerja pemadaman turut dibantu pasukan bomba sukarela dan ia tamat sepenuhnya jam 1.59 petang.


“Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com