Wednesday, 24, April, 2024
Utama Negeri MEDEVAC: Maritim Malaysia bantu bawa pesakit kritikal perlu pembedahan segera

MEDEVAC: Maritim Malaysia bantu bawa pesakit kritikal perlu pembedahan segera

oleh admin

LANGKAWI, 25 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis melaksanakan bantuan evakuasi perubatan (MEDEVAC) bagi membawa seorang pesakit kritikal sekitar jam 3 petang, semalam.

Tiga pegawai perubatan dan seorang ahli keluarga mengiringi pesakit menaiki bot Perkasa 1228 Maritim Malaysia

Bantuan MEDEVAC tersebut dimohon oleh pihak Hospital Sultanah Maliha Langkawi bagi pesakit Roshdi bin Abd Ghani, 52, yang mengalami usus terbelit dan memerlukan pembedahan segera di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Pesakit, Roshdi Abd. Ghani dibawa turun dari bot Perkasa 1228 Maritim Malaysia setelah tiba di Jeti Kastam Kuala Perlis untuk dibawa ke HSB, Alor Setar.

Pesakit dibawa menaiki bot PERKASA 1228 Maritim Malaysia dari jeti Maritim Negeri Kedah dan Perlis di Bukit Malut ke Jeti Kastam Kuala Perlis dengan diiringi tiga pegawai perubatan, seorang petugas kesihatan serta seorang ahli keluarga pesakit.

Maritim Malaysia komited dalam menyalurkan bantuan kepada komuniti maritim setempat serta megalu-alukan orang awam untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis 04-9662750 atau MERS 999.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com