Friday, 26, April, 2024
Utama Umum Juruteknik maut tubuh melecur disambar api

Juruteknik maut tubuh melecur disambar api

oleh admin

GURUN, 25 OKT – Seorang juruteknik maut selepas tubuhnya melecur disambar api dalam kejadian di sebuah kilang besi keluli, di sini kelmarin.

Mangsa, lelaki berusia 45 tahun dan berasal dari Guangdong, China disahkan meninggal dunia oleh doktor jam 8 pagi semalam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu mangsa bersama dua lagi rakan sedang melakukan kerja untuk menukar penutup relau pembakaran baru.

Menurutnya, siasatan mendapati ketika kejadian, seorang pekerja warganegara Myanmar membuka penutup relau pembakaran lama untuk mendapatkan ukuran bagi penutup baru.

“Pada masa sama, penutup baru diangkat menggunakan forklift ke muncung relau pembakaran sebelum berlaku letupan secara tiba-tiba akibat pengeluwapan wap panas.

“Letupan menyebabkan api menyambar tiga pekerja yang juga juruteknik masing-masing dua warga China dan seorang Myanmar,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, seorang daripada mangsa iaitu lelaki warga China disahkan meninggal dunia semalam manakala rakan senegara melecur siku serta tangan kanan dan seorang lagi iaitu warga Myanmar masih belum diketahui keadaannya.

“Mangsa yang meninggal dunia melecur hampir 80 peratus namun ketika itu dia masih boleh berjalan bersama dua rakan menuju ke bilik air berhampiran untuk mandi bagi menyejukkan badan.

“Bagaimanapun, si mati mengalami sesak nafas tidak lama kemudian dan dia bersama rakan dibawa kakitangan kilang ke sebuah klinik swasta sebelum dikejarkan ke HSAH,” katanya.

Zaidy berkata, pemeriksaan mendapati mangsa bebas daripada Covid-19 dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat hari ini.
[8:46 AM, 10/25/2022] +60 12-461 9792: Merajuk insurans tak ‘cover’, wanita keluar hospital tanpa jelaskan bil

SUNGAI PETANI, 25 OKT – Berang kerana insurans diambil tidak melindungi dirinya, seorang wanita melarikan diri dari wad tanpa membuat sebarang pembayaran di sebuah hospital swasta, di sini semalam.
 
Berikutan itu, jururawat hospital swasta berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit kerana enggan bertanggungjawab serta mahukan pesakit dikenakan tindakan terhadap perbuatannya itu.
 
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pesakit wanita berkenaan yang berusia 32 tahun pada mulanya mendaftar untuk mendapatkan rawatan di hospital terbabit jam 6.40 petang kelmarin sebelum dia dimasukkan ke wad.
 
“Bagaimanapun, pada 9.30 malam pihak hospital memaklumkan kepada wanita itu yang insurans miliknya tidak boleh digunakan sebelum dia memberitahu enggan meneruskan rawatan dan mahu keluar wad.
 
“Jururawat kemudian memberitahu doktor bertugas sebelum proses keluar wad dilakukan terhadap pesakit terbabit yang turut diminta menjelaskan bayaran dan mengambil ubat di farmasi,” katanya ketika dihubungi.
 
Menurutnya, pada 10.40 malam pesakit berkenaan didapati tiada dalam wad dan dikesan tidak membuat pembayaran serta mendaftar keluar dari hospital.    
 
“Kakitangan hospital cuba menghubunginya namun pesakit berkenaan tidak menjawab panggilan telefon dan satu laporan polis dibuat jururawat.
 
“Susulan daripada itu, polis turut menghubungi pesakit terbabit namun tidak dijawab dan cuba mencarinya di rumah bagaimanapun wanita berkenaan tiada selain pintu berkunci,” katanya.
 
Katanya, siasatan awal mendapati wanita berkenaan ke hospital swasta itu kerana mengalami sakit perut dan memberitahu dia mempunyai insurans ketika mendaftar masuk wad.
 
“Pemeriksaan mendapati pesakit mengalami gastrik namun syarikat insurans yang diambilnya mendakwa mereka tidak melindungi penyakit dihidapi wanita itu membuatkan dia keluar wad.
 
“Kita masih menjalankan siasatan lanjut serta sedang mengesan pesakit berkenaan,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com