Khairul Azman ikut jejak Aidil tinggalkan Kedah

107
Khairul Azman. FOTO KDA FC

KDA FC dalam satu kenyataan telah mencapai persetujuan bersama untuk meneruskan haluan berbeza dengan Khairul Azman Mohamed, Jurulatih Penjaga Gol KDA FC berkuatkuasa hari ini.

Menurutnya, Khairul Azman yang mesra dipanggil ‘Bro’ merupakan bekas penjaga gol kebangsaan dan seorang pemain berpengalaman di posisi tersebut, diserap dalam barisan kejurulatihan pasukan Sang Kenari sejak musim lepas.

Bergandingan dengan Aidil Sharin Sahak sehingga muncul Naib Juara Liga Super 2021 seterusnya beraksi di Piala AFC tahun ini sehingga layak ke peringkat separuh akhir Zon Asean.

“Keputusan ini diambil atas pilihan beliau yang turut mengambil langkah seiring dengan pengemudi pasukan sebelum ini, Aidil Sharin Sahak dan berharap dengan pengorbanan dilakukan dapat memberi angin baru kepada penggantinya kelak dalam meniup semangat pemain untuk berjuang dalam aksi TM Piala Malaysia 2022. 

“Beliau turut menyatakan Sang Kenari adalah pasukan terakhir dan akan bersara dari kerjaya professional dalam dunia bolasepak,” kata KDA FC

Jelasnya, Abd Hadi Abd Hamid, penolong jurulatih kekal melatih penjaga gol pasukan itu.