Friday, 19, April, 2024
Utama Negeri Maritim Malaysia beri bantuan bayi perempuan alami sawan

Maritim Malaysia beri bantuan bayi perempuan alami sawan

oleh Ammar Haziq
Bayi berusia 10 bulan itu dibawa keluar bersama ahli keluarganya menaiki bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan operasi di perairan Langkawi.

LANGKAWI, 4 Okt. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis telah melaksanakan “Medical Evacuation” (MEDEVAC) ke atas seorang bayi perempuan yang mengalami sawan tarik dan dipindahkan dari Langkawi Feri RoRo pada jam lebih kurang 4.30 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksmana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi menerima panggilan telefon dari nakhoda feri tersebut kira-kira pukul 4 petang, meminta bantuan bagi membawa bayi perempuan itu ke Hospital terdekat.

“Bayi berusia 10 bulan itu dibawa keluar bersama ahli keluarganya menaiki bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan operasi di perairan Langkawi.

“Bayi dan ahli keluarganya kemudiannya dibawa ke Jeti Maritim Negeri Kedah dan Perlis di Bukit Malut sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk tindakan lanjut,” katanya.

MRSC Langkawi menerima panggilan telefon dari nakhoda feri tersebut kira-kira pukul 4 petang, meminta bantuan bagi membawa bayi perempuan itu ke Hospital terdekat.

Tambahnya, Maritim Malaysia sentiasa komited dalam menyalurkan bantuan kepada komuniti maritim setempat serta mengalu-alukan untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis 04-9662750 atau MERS 999.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com