Saturday, 27, April, 2024
Utama Politik Penyokong UMNO terkejut Yusof digantung keahlian enam tahun

Penyokong UMNO terkejut Yusof digantung keahlian enam tahun

oleh Ammar Haziq
Datuk Yusof Ismail

ALOR SETAR, 1 OKTOBER – Ketua UMNO Bahagian, Datuk Yusof Ismail mengesahkan beliau antara pemimpin yang dimaklumkan secara tidak rasmi digantung keahliaan selama enam tahun oleh parti itu.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata penyokong UMNO terkejut dengan pengumuman tersebut kerana menyifatkan Yusof antara pemimpin yang banyak membantu rakyat tanpa mengira parti di Parlimen Alor Setar semasa pandemik Covid-19.

Menurut mereka, penjelasan dan sebab pemimpin itu digantung perlu disertakan kerana kini menjadi tanda tanya di kalangan rakyat terutamanya pengundi UMNO  

Sementara itu, Yusof yang dipetik menerusi portal Harian Metro berkata, beliau hanya dimaklumkan melalui beberapa rakan Majlis Kerja Tertinggi melalui panggilan telefon pada malam Jumaat.

“Setakat ini, saya belum dimaklumkan secara rasmi mengenai hukuman penggantungan enam tahun ini.

“Saya difahamkan, Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) juga tidak maklum apa kesalahan saya dan Tajuddin (Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman) dalam mesyuarat malam tadi, cuma umum gantung saja kepada MKT,” katanya.

Jelas Yusof, beliau juga percaya perkara itu adalah isyarat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar Dewan Rakyat perlu dibubarkan segera, jika tida dia juga akan digantung sepertinya.

“Saya agak kesal kerana hukuman ke atas saya dilihat lebih berat berbanding hukuman ke atas bekas Ahli MKT Umno, Datuk Lokman Noor Adam yang lebih banyak memburukkan Perdana Menteri,” ujar beliau lagi. – Kedah Gazette

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com