Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri Dj tak mengaku salah rogol anak tiri

Dj tak mengaku salah rogol anak tiri

oleh Ammar Haziq

Tertuduh (baju hitam)

SUNGAI PETANI, 29 SEPT – Seorang deejay mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak tiri berusia 13 tahun dua minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 39 tahun membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Mengikut pertuduhan, deejay rumah kenduri itu didakwa merogol anak tiri perempuannya dalam sebuah bilik di rumah mereka di Yan pada jam 11 malam, 14 September lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfadly Hassan manakala tertuduh diwakili peguam Peguam Nur Izzatul Amirah Zawawi.

Terdahulu, Nur Izzatul Amirah memohon mahkamah membenarkan tertuduh yang mempunyai dua isteri itu diikat jamin dengan menawarkan syarat tambahan.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh tidak mendekati atau menganggu mangsa.

Difahamkan, perbuatan rogol terhadap mangsa itu terbongkar selepas remaja perempuan terbabit menceritakan kejadian kepada ibunya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com