Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Pelajar lelaki jadi mangsa liwat senior

Pelajar lelaki jadi mangsa liwat senior

oleh Ammar Haziq
Polis berjaya menahan suspek jam 8.15 malam Isnin lalu dan kes masih lagi dalam siasatan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

ALOR SETAR, 26 SEPT – Godaan nafsu yang tidak dapat dikawal seorang remaja lelaki membuatkan dia sanggup meliwat pelajar junior dalam kejadian di bilik asrama sebuah pusat pengajian agama di Langkawi, dekat sini awal pagi Ahad lalu.
 
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun pada mulanya berada dalam bilik asrama sebelum dipanggil pelajar senior ke biliknya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, remaja itu yang masuk ke bilik berkenaan kemudian dikilas tangan oleh suspek berusia 19 tahun sebelum dia didakwa menjadi mangsa liwat pelajar senior terbabit.

“Hasil siasatan awal, kita mendapati mangsa membuat laporan berhubung kejadian terbabit kerana mahu kejadian menimpan dirinya itu diambil tindakan oleh polis selain untuk pemeriksaan di hospital.

“Mangsa dalam laporannya juga turut mendakwa yang kejadian itu (liwat) berlarutan sehingga dua jam,” katanya.
 
Beliau berkata, susulan daripada laporan itu, polis berjaya menahan suspek jam 8.15 malam Isnin lalu dan kes masih lagi dalam siasatan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com