Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri Lelaki OKU didakwa sebabkan kematian guru

Lelaki OKU didakwa sebabkan kematian guru

oleh admin

KULIM, 28 SEPT – Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana menyebabkan kematian seorang guru Julai lalu.

Tertuduh, S Jelatheswaran, 37, yang bekerja sebagai penjaga stor hanya mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Hakim Mirza Mohamad.

Mengikut kertas pertuduhan, Jelatheswaran didakwa dengan niat mencetus bencana hingga menyebabkan kematian mangsa N Kumar, 54, di pondok batu belakang sebuah rumah di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas Pulau Pinang antara 27 Julai jam 4.30 petang hingga 28 Julai hingga 9.50 pagi.

YouTube player
Seorang penjaga stor, S Jelatheswaran, 37, dihadap ke mahkamah sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang guru lelaki yang meninggal dunia di Hospital Kulim, Julai lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan lelaki terbabit mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan didienda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Pavitra manakala tertuduh pula diwakili peguam Tamil Salvan.

Terdahulu, Pavitra memohon mahkamah menawarkan jaminan RM20,000 dan beberapa syarat tambahan kepada tertuduh namun Tamil Salvan merayu jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya tiada pendapatan selepas terbabit dalam kemalangan jalanraya selain perlu menanggung tiga anak yang masih kecil.

Mirza kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan termasuk tidak mengganggu mana-mana saksi pihak pendakwaan, lapor diri setiap dua minggu di Balai Polis Jalan Pattani, menyerahkan pasport sekiranya ada dan turut mengarahkan tertuduh memaklumkan kepada pegawai penyaisat sekiranya ingin keluar dari Kedah dan Pulau Pinang.

Mahkamah kemudian menetapakan 14 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam kejadian 28 Julai lalu, seorang guru pendidikan moral dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kulim.

Bagaimanapun, kematian guru yang mengajar di sebuah sekolah di Pulau Pinang itu menimbulkan persoalan sama ada dia menjadi mangsa jenayah atau sebaliknya selepas dibawa tiga lelaki ke hospital terbabit jam 9.15 malam.

Hasil siasatan polis selepas itu membawa kepada penahanan lapan suspek bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit sebelum tujuh daripada mereka dilepaskan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com