SPRM Kedah, rakan strategik eratkan hubungan.

226

ALOR SETAR, 27 Sept – Jalinan antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama rakan strategik terus dieratkan menerusi Program Boling SPRM Kedah Bersama Rakan Strategik yang berlangsung di Aman Central, Alor Setar, hari ini.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap bersama pemenang kategori individu wanita.
Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap bergambar bersama antara peserta lelaki.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk merapatkan silaturahim antara semua yang terlibat.

“Usaha membanteras rasuah memerlukan kerjasama semua pihak. Justeru SPRM amat menghargai kerjasama bersama rakan-rakan strategik, bagi menyedarkan masyarakat agar menjauhi gejala tersebut.

“Kami berharap rakan-rakan strategik termasuk pihak media dapat terus bersama SPRM dalam usaha ini demi membersihkan masyarakat kita dari gejala rasuah serta lain-lain penyelewengan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam program tersebut.

Program Boling SPRM Kedah Bersama Rakan Strategik yang berlangsung di Aman Central, Alor Setar, hari ini.

Jalinan kerjasama antara SPRM dengan rakan strategik bukanlah satu perkara baharu malah telah banyak membantu terutamanya dalam aspek pendidikan masyarakat terhadap bahaya rasuah serta penyalah gunaan kuasa.