Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Eksekutif kilang ‘masuk perangkap’ panggilan video ghairah

Eksekutif kilang ‘masuk perangkap’ panggilan video ghairah

oleh Ammar Haziq
Gambar sekadar ilustrasi.

SUNGAI PETANI, 27 SEPT – Seorang lelaki bernasib malang apabila dia terpedaya dengan taktik seorang wanita yang menggunakan umpan melakukan aksi tidak senonoh ketika membuat panggilan video di aplikasi Whatsapp sebelum diugut.

Mangsa yang juga eksekutif sebuah syarikat berusia 51 tahun itu diugut supaya menyerahkan sejumlah wang sekiranya tidak mahu rakaman video aksi jijiknya disebarkan untuk tontonan ramai.

Dia yang awalnya bimbang selepas menerima ugutan itu, sudah memasukkan wang berjumlah RM350 seperti diminta namun membuat laporan polis kerana diugut supaya memberikan wang dalam jumlah sama buat kali kedua.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9 pagi semalam selepas mangsa menerima panggilan video melalui aplikasi WhatsApp daripada seorang wanita tidak dikenali.
 
“Mangsa ketika itu berada di tempat kerjanya di Sungai Lalang dan dia yang menerima panggilan video terbabit, terkejut apabila melihat aksi tidak senonoh seorang pemanggil wanita yang sedang beronani.
 
“Wanita berkenaan kemudian meminta lelaki itu melakukan perkara sama dalam panggilan video dilakukannya dan mangsa yang termakan  pujuk rayu hanya mengikut arahan itu,” katanya.
 
Menurutnya, mangsa yang terpengaruh melakukan aksi tidak senonoh bersama wanita itu ketika panggilan video dilakukan.
 
“Bagaimanapun, mangsa menerima panggilan telefon daripada nombor sama selepas beberapa minit talian dimatikan namun pemanggilnya adalah seorang lelaki.

“Lelaki terbabit mendakwa dia mempunyai rakaman aksi mangsa ketika membuat panggilan video sebelum itu dan mengugut mahu menyebarkannya jika enggan memberikan wang seperti diminta,” katanya.
 
Zaidy berkata, suspek meminta supaya mangsa memasukkan wang berjumlah RM350 jika tidak mahu video aksi jijiknya disebarkan dan lelaki berkenaan yang bimbang dengan ugutan itu hanya mengikut arahan diberikan.
 
“Bagaimanapun, suspek sekali lagi menghubungi mangsa tidak lama kemudian dan meminta eksekutif berkenaan supaya memasukkan wang dalam jumlah sama kepadanya.
 
“Mangsa yang tidak berpuas hati dengan ugutan itu, membuat satu laporan polis jam 12.30 tengah hari,” katanya.
 
Menurutnya, susulan daripada laporan itu, polis sedang mengesan dua suspek yang dipercayai terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com