Saturday, 27, April, 2024
Utama Negeri Dua beradik kemalangan akibat lampu isyarat rosak meninggal dunia

Dua beradik kemalangan akibat lampu isyarat rosak meninggal dunia

oleh admin

Sungai Petani, 24 September – Dua beradik perempuan yang bertarung nyawa di hospital selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Layar Hujung, semalam meninggal dunia hari ini.

Mangsa pertama iaitu penunggang motosikal berusia 23 tahun dilaporkan meninggal dunia jam 12.45 tengah malam tadi.

Ketika urusan bedah siasat dilakukan, adiknya yang juga pemboceng motosikal berusia 18 tahun dilaporkan meninggal dunia jam 10.35 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi mengesahkan kematian dua mangsa berkenaan.

“Penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSAH.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Jenazah dua beradik beradik perempuan yang meninggal dunia akibat kemalangan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pial, Bedong, hari ini.

Jenazah dua beradik berkenaan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pial selepas solat Asar, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari semalam, dua beradik berkenaan parah selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta.

Siasatan mendapati motosikal dinaiki dua beradik berkenaan dalam perjalanan dari Sungai Layar menuju ke Semeling manakala kereta dipandu seorang guru wanita berusia 54 tahun dari Sungai Jagung menghala Laguna, Merbok.
 
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta dan penunggang motosikal tidak berhenti dan memperlahankan kenderaan masing-masing ketika melalui lampu isyarat sebelum berlaku pelanggaran antara dua kenderaan terbabit.

Difahamkan, ketika kejadian lampu isyarat terbabit mengalami kerosakan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com