Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Wanita Kerugian Hampir RM8,000 Rumah Dipecah Masuk Di Alor Setar

Wanita Kerugian Hampir RM8,000 Rumah Dipecah Masuk Di Alor Setar

oleh admin

ALOR SETAR, 19 Sept – Seorang wanita kerugian hampir RM8,000 selepas rumahnya dipecah masuk oleh beberapa individu tidak dikenali dalam kejadian di Jalan Perairan Muda, Alor Setar, semalam.

Sumber memaklumkan mangsa yang berumur 30 tahun menyedari kejadian itu apabila mendapati tingkap bilik mandi di bahagian sisi rumahnya terbuka kira-kira pukul 11 malam.

“Mangsa kemudiannya telah memeriksa di bahagian dalam rumah sebelum mendapati beberapa barangan rumah telah dicuri iaitu sebuah televisyen, gergaji enjin, mesin canai dan barangan elektrik yang lain.

“Ketika kejadian mangsa tidak berada di rumah dan itu merupakan kali kedua rumah mangsa dipecah masuk dalam tempoh minggu yang sama,” katanya.

Katanya, buat masa ini tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com