Bomba pujuk remaja perempuan cuba terjun dari bumbung sekolah

116
Anggota bomba berusaha memujuk dan membawa turun pelajar yang cuba terjun dari bumbung sebuah sekolah di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR, 19 Sept – Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berjaya memujuk seorang remaja perempuan untuk tidak terjun dari atas bumbung sebuah sekolah dekat Alor Setar, hari ini.

Sumber berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 1.53 petang.

Anggota bomba menenangkan pelajar tersebut.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun sedang berada di atas bumbung anjung tangga, di tingkat tiga bangunan sekolah itu.

“Anggota bomba telah memujuk dan menenangkan pelajar yang sedang berada dalam keadaan tertekan itu. Pelajar itu berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak sekolah untuk sesi kaunseling,” katanya.