Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri APM jayakan misi pendakian ‘sport climbing’ merentasi jambatan keretapi berusia 107 tahun

APM jayakan misi pendakian ‘sport climbing’ merentasi jambatan keretapi berusia 107 tahun

oleh Ammar Haziq
Askandar melakukan gimik pelancaran turun jambatan menggunakan kaedah “flying fox”.

KOTA SETAR, 17 September – Sempena Sambutan Hari Malaysia 2022 pada tahun ini, Kementerian Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kedah menganjurkan Program Misi Pendakian Sport Climbing merentasi jambatan keretapi lama 107 tahun di Limbong Kapal, Kota Setar. 

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Askandar Ampuan Yaacub berkata, APM mencipta sejarah apabila terlibat secara langsung dalam aktiviti pendakian pada kali ini. 

Beliau turut melakukan gimik pelancaran turun jambatan menggunakan kaedah “flying fox” menjelaskan program ini sebagai salah satu menunjukkan semangat patriotik dan memeriahkan sambutan bagi memperingati Hari Malaysia.

“Aktiviti Sport Climbing ini juga adalah cara memberi pendedahan teori dan praktikal kepada orang awam mengenai pengoperasian yang selamat dalam pengrusan risiko di dalam “Urban Climbing”. 

“Selain itu, dalam misi pendakian ini juga telah diadakan demonstrasi merentasi jambatan oleh atlit-atlit dan jurulatih pasukan mendaki Kompleks Belia dan Sukan,” katanya.

Misi pendakian ini juga telah diadakan demonstrasi merentasi jambatan oleh atlit-atlit dan jurulatih pasukan mendaki Kompleks Belia dan Sukan Kedah.

Menurutnya, APM juga amat berbesar hati apabila dapat bekerjasama dengan  pihak Kementerian Belia dan Sukan Kedah dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan tambah Awang Askandar lagi beliau amat berharap agar program dan kerjasama ini akan diteruskan untuk masa akan datang.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com