Sang Kenari tagih sokongan padu penyokong malam ini

112
Pemain Kedah bersemangat menjalani latihan di Alor Setar pada Selasa. FOTO KDA FC

Pemilik dan Penaung Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar mengajak penyokong pasukan tersebut hadir memberikan sokongan kepada pasukan itu menghadapi Selangor FC pada saingan Liga Super 2022 malam ini.

Aksi di Stadium Darul Aman penting buat Sang Kenari untuk terus meraih tiga mata untuk membaiki kedudukan dalam liga.

“Saya ingin mengajak semua untuk datang ramai-ramai ke Stadium Darul Aman malam esok (14 September 2022) bagi memberi sokongan tak berbelah bahagi kepada pasukan kita yang masih bertarung dengan segala kesungguhan dan kecekalan minda dan fizikal bagi menjahit siri kemenangan yang berterusan sehingga ke akhir musim Liga Super 2022,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, kedatangan penyokong KDA FC amat bermakna kepada kami semua.

“Kami yakin suara anda di Stadium Darul Aman boleh membenih keyakinan dan persembahan terbaik daripada pasukan kita, Sang Kenari,” ujarnya lagi.