Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri Sanusi sokong Terengganu tundukkan JDT

Sanusi sokong Terengganu tundukkan JDT

oleh Ammar Haziq
Muhammad Sanusi bersama barisan Exco Kerajaan Negeri bergambar dengan para atlet yang akan membawa cabaran Kedah dalam SUKMA 2022.

ALOR SETAR, 8 Sept. – Selepas tular klip video memaparkan beliau menggayakan jersi Terengganu FC di media sosial baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini secara berterus terang menyatakan sokongan kepada pasukan dari pantai timur itu untuk menumpaskan JDT dalam aksi final Piala FA, Sabtu ini.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) itu, selain disebabkan isterinya berasal dari Terengganu, beliau juga percaya bahawa sokongan rakyat Malaysia selain ‘bangsa’ Johor akan memihak kepada ‘Sang Penyu’.

“Saya sokong Terengganu sebab isteri saya orang Terengganu. Setakat ini saya belum kahwin orang Johor lagi dan biasanya orang macam saya, sentiasa sokong pasukan yang dilihat sebagai ‘underdog’.

“Semua sokongan rakyat Malaysia akan pergi ke Terengganu dan kalau tak percaya, tunggu. Orang Johor saja sokong JDT dan negeri lain, semuanya Terengganu,” katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen Kedah Sempena Sukan Malaysia (SUKMA) 2022.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen Kedah Sempena Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Dewan Seri Mentaloon dekat sini, hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial klip video menunjukkan Muhammad Sanusi menyarung jersi Terengganu FC dalam satu majlis hingga mengundang reaksi banyak pihak berhubung perkara itu terutamanya mengenai sokongan JDT terhadap Sang Penyu bagi menundukkan JDT.

Muhammad Sanusi menambah, sekiranya Terengganu tewas dalam perlawanan itu, beliau akan berlapang dada menerima keputusan perlawanan tersebut.

“Saya terima dengan berlapang dada tetapi tetap sokong Terengganu!” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com