Friday, 29, March, 2024
Utama Nasional 15 orang B40 ikuti Program Peningkatan Pendapatan anjuran KEDA

15 orang B40 ikuti Program Peningkatan Pendapatan anjuran KEDA

oleh Ammar Haziq
Kamarudin (enam kanan) dan Azman (lima kanan) bersama peserta yang mengikuti kursus pendingin hawa di bawah JMF Group.

ALOR SETAR – Program Mentor Mentee di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berupaya melahirkan ramai usahawan dalam bidang penghawa dingin di negeri ini. 

Pengurus Besar KEDA, Datuk Kamarudin Abd Akib berkata, pada tahun ini, KEDA telah bekerjasama dengan JMF Group yang dilantik sebagai mentor kerana merupakan sebuah syarikat yang menjalankan kursus Heating Ventilation Air Conditioning dan merupakan sebuah syarikat pembekal penghawa dingin terbesar di Utara Semenanjung Malaysia. 

“Kos keseluruhan Program Mentor Mentee bersama JMF Group ini adalah sebanyak RM150,000 dengan melibatkan 15 orang peserta sekitar Kedah. Mereka terdiri dari Ketua Isi Rumah (KIR) B40 yang layak dan mempunyai pengalaman dalam bidang penghawa dingin.

“Bantuan maksimum adalah sebanyak RM10,000 bagi seorang mentee yang merangkumi kos latihan dan peralatan. Mentor akan membekal semua peralatan dan akan memantau setiap mentee di bawah mereka.” katanya ketika Majlis Perasmian dan Penyerahan Peralatan PPP di Simpang Empat, di sini. 

Kamarudin berkata, pelaksanaan PPP adalah bertujuan meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah B40 di luar bandar di Negeri Kedah melalui penglibatan mereka di dalam projek-projek ekonomi yang berupaya meningkatkan taraf dan kualiti hidup mereka. 

“Ini bertepatan dengan misi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang berusaha memanfaatkan sepenuhnya sumber manusia dan ekonomi serta membangunkan kawasan luar bandar bagi mewujudkan persekitaran sosial ekonomi yang lebih berdaya maju sejajar dengan dasar-dasar pembangunan negara,” katanya. 

Kamarudin (kanan) merasmikan PPP di Simpang Empat, Alor Setar. Turut kelihatan Azman (dua kanan).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif JMF GROUP, Azman Hassan berkata, kepakaran yang dimiliki mereka juga diharapkan mampu golongan B40 untuk meningkatkan pendapatan semasa mereka sekaligus melahirkan usahawan pendingan hawa yang berjaya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com