Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Foto tular tidak cerminkan Kedah Fashion Week sebenar

Foto tular tidak cerminkan Kedah Fashion Week sebenar

oleh Ammar Haziq
Aman Central kesal dengan penyebaran foto yang difahamkan bukan model pada program tersebut.

Pusat membeli belah Aman Central kesal dengan perkongsian foto dari salah seorang tetamu yang telah hadir ke Kedah Fashion Week 22 (KFW22) di mana gambarnya tidak mencerminkan kod etika pemakaian yang ditetapkan pihak penganjur.

Menurutnya, pihaknya juga kesal atas segala kesulitan yang berlaku dan akan memastikan etika pemakaian yang ditetapkan di mana-mana majlis di Aman Central akan dipantau dengan lebih ketat selepas ini.

“Pihak kami selaku penganjur KFW22 ingin menegaskan bahawa acara ini adalah acara tahunan di Aman Central dan tidak dianjurkan oleh mana-mana pihak lain. 

“Acara ini dianjurkan setiap tahun bagi mempromosikan pakaian dan jenama-jenama di Aman Central, di samping menampilkan pereka-pereka tempatan tanah air untuk mempromosikan Aman Central,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, penganjuran kali ini adalah penampilan semula selepas dua tahun di mana acara dibatalkan pada tahun-tahun sebelumnya ketika negara dilanda pandemik.

“Pihak menganjur turut telah mendapatkan kesemua kelulusan oleh pihak berwajib sebelum majlis dijalankan dan acara ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutamanya oleh pereka pereka tempatan di mana KFW telah menjadi sebuah platform rasmi dalam kalangan pereka fesyen.

“Setinggi-tingi penghargaan buat kesemua pihak pihak penaja yang tidak pernah putus menyokong Kedah Fashion Week. Pihak kami sekali lagi memohon maaf atas sebarang kejadian yang telah menyentuh sensitiviti mana-mana pihak,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com