Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Ditetak selepas tegur cara naik motosikal bahaya

Ditetak selepas tegur cara naik motosikal bahaya

oleh Ammar Haziq
Pengawal keselamatan cedera di kepala dan tangan kiri.

SUNGAI PETANI –  Seorang lelaki cedera di kepala dan luka di tangan kiri selepas ditetak dengan parang oleh tiga lelaki yang tidak dikenalinya di tapak projek perumahan di Bukit Banyan, di sini, pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, kejadian tersebut berpunca kerana lelaki yang bekerja pengawal keselamatan sebelum itu telah menegur seorang lelaki yang menunggang motosikal dengan cara dianggap berbahaya.

“Temubual awal bersama mangsa dapati semasa mangsa sedang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pos pengawal tapak projek Siera 4 Bukit Banyan, telah datang tiga laki tidak dikenali telah memukul dan menetak pengadu dengan parang. 

“Punca kejadian kerana pengadu telah menegur seorang lelaki yang membawa motosikal secara bahaya di lokasi tapak projek tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, hasil rawatan di hospital Sultan Abdul Halim mendapati mangsa mengalami kecederaan luka di kepala dan luka di tangan kiri. 

Susulan daripada kejadian tersebut dua daripada tiga lelaki telah ditahan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com