Friday, 19, April, 2024
Utama Nasional Kajian kenaikan elaun sara hidup pelajar tajaan MARA dibentang ke kabinet

Kajian kenaikan elaun sara hidup pelajar tajaan MARA dibentang ke kabinet

oleh Ammar Haziq
Mahdzir (kanan) pada sidang akhbar di Kuala Lumpur pada Rabu.

KUALA LUMPUR – Kertas kajian kenaikan kadar elaun sara hidup pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA), akan dibentang kepada kabinet hujung bulan ini.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kajian itu bukan sahaja melibatkan kadar elaun sara hidup pelajar di luar negara, malah turut membabitkan pelajar di dalam negara.

“Dahulu sewa rumah seorang boleh dapat (sekitar) £80 ke £120 seminggu, (tetapi) sekarang tidak boleh dapat harga begitu.”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penutup Program Seminar dan Pameran Kerjaya Bidang Kejuruteraan dan Teknologi di sini hari ini.

Jelas Mahdzir, kajian dilakukan memandangkan ramai pelajar terkesan dengan kos sara hidup khususnya di negara United Kingdom, Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Australia yang membabitkan kos elektrik, air, gas, pengangkutan awam dan sewa rumah.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan Keluarga Malaysia akan menaikkan elaun sara hidup pelajar tajaan MARA.

Keputusan kata Mahdzir akan dibuat bagi menentukan jumlah kenaikan bagi setiap pelajar berdasarkan lokasi dan negara.

Pihak MARA tambahnya, dalam peringkat mendapatkan maklum balas daripada lain-lain kementerian dan agensi yang ada kaitan dengan tajaan pelajar.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com