Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Hampir RM500,000 zakat diagihkan kepada asnaf

Hampir RM500,000 zakat diagihkan kepada asnaf

oleh Ammar Haziq
Haim Hilman (tengah).

SINTOK, 21 April – Sejumlah RM471,600 zakat disumbangkan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk diagihkan kepada golongan asnaf bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Kategori asnaf yang menerima sumbangan zakat itu ialah Rumah Kebajikan Anak Yatim UUM, pelajar UUM (bantuan sara hidup), staf UUM (yuran persekolahan anak), staf UUM (perubatan staf, anak dan anak berstatus OKU) dan komuniti setempat.

Daripada kategori tersebut, seramai lapan (8) orang adalah anak Yatim dari Rumah Kebajikan Anak Yatim UUM, pelajar UUM (1,539), staf UUM untuk biayai yuran persekolahan (209), staf UUM yang sakit (6), anak staf berstatus OKU (22), anak staf atau pasangan yang sakit mudarat (10) dan komuniti setempat (33) menjadikan keseluruhan penerima adalah seramai 1,827 orang.

Lembaga Zakat Negeri Kedah merupakan penyumbang terbesar khususnya untuk Dana Zakat UUM iaitu sebanyak RM 340,445.78 yang akan digunakan untuk membantu asnaf termasuk pelajar UUM.

Pada Majlis Iftar Perdana UUM ini juga turut disampaikan 60 bakul Ramadan kepada staf UUM, Uniutama Properties Sdn Bhd (UPSB) dan masyarakat setempat terdiri daripada balu yang mempunyai tanggungan anak yatim.

Di samping itu, turut disampaikan bingkisan Ramadan kepada 100 pelajar dari kategori B40, selain sumbangan baju raya dengan kerjasama Jakel Cawangan Alor Setar kepada 30 penerima terdiri lapan anak yatim dari Rumah Kebajikan Anak Yatim UUM dan 22 pelajar asnaf UUM.

Sebagai tanda prihatin juga, pihak UUM turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada staf di Pusat Kesihatan Universiti, Puan Nurul Syawanie Saidin yang menghidap kanser kelenjar limfoma Hodgkin. Penyerahan cek cura (mock cheque) disampaikan kepada suaminya, Muhammad Parli Abu Hassan.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Zakaria Othman dan wakil NNZA Textile Sdn. Bhd. (operator Jakel Trading Sdn. Bhd. Cawangan Alor Setar), Mohd Zamri Anuar.

PROF. DR. HAIM HILMAN ABDULLAH

Naib Canselor

Universiti Utara Malaysia

21 April 2022

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com