Tuesday, 23, April, 2024
Utama Nasional Jutawan tampil bayar denda pemandu lori treler

Jutawan tampil bayar denda pemandu lori treler

oleh Ammar Haziq
Muhammad Azlan (kanan) membantu Nor Azam membayar denda sebanyak RM4,000.

ALOR SETAR – Jutawan hartanah, Muhammad Azlan Al Amin tampil kali kedua di Mahkamah Alor Setar untuk membantu membayar denda seorang pemandu lori treler yang terlibat dalam kes kemalangan maut di Jalan Pendang ke Kobah, dekat sini sepuluh tahun lalu.


Beliau dalam catatan di Facebooknya berkata, beliau terpanggil untuk membantu tertuduh, Nor Azam Mat Saman, 44 yang datang daripada keluarga susah dan tidak mempunyai pendapatan tetap.


“Tertuduh mengaku salah dan dikehendaki membayar denda sebanyak RM4,000 ringgit. Saya membantu proses tersebut sehingga selesai. Alhamdulillah.


“Saya tampil membantu selepas mendapat maklumat daripada saudara mara dan kenalan di Kedah.Ramai orang tahu saya banyak membantu masyarakat rentetan kes remaja hina polis yg pernah viral dan saya bantu beberapa tahun lalu,” katanya.

Muhammad Azlan (kanan) turut tampil ke Mahkamah Alor Setar pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya menggunakan khidmat peguam berpengalaman, Mohd Khairul Hafizuddin Ramli untuk membantu tertuduh.


Muhammad Azlan membantu membayar denda tersebut dan jika gagal berbuat demikian tertuduh boleh dihukum penjara selama lima bulan dan lesen memandu ditarik. 


Muhammad Azlan pernah menarik perhatian masyarakat di negara ini kerana tampil membantu kes seorang remaja perempuan yang pada awalnya dijatuhkan hukuman penjara kerana menghina pihak berkuasa di Pendang kira-kira dua tahun lalu. – Kedah Gazette

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com