Pelajar B40 terima bantuan beg sekolah

259
Zamzuri (kanan) dan Salim (dua kiri) bergambar bersama beberapa penerima beg sekolah di Pasar Raya Econsave Cawangan Pokok Sena.

POKOK SENA – Seramai 50 pelajar dari keluarga B40 menerima bantuan beg persekolahan yang disampaikan di Pasar Raya Econsave Cawangan Pokok Sena baru-baru ini.

Pengurus Besar Pasar Raya Econsave Bahagian Utara 1, Zamzuri Mansor berkata, pemilihan pelajar dicari dari keluarga yang kurang berkemampuan dan sumbangan tersebut diharapkan dapat meringankan beban keluarga sempena pembukaan semula sekolah pada 9 Januari ini.

Menurutnya, penerima terdiri daripada 25 pelajar sekolah menengah dan bakinya adalah pelajar sekolah rendah.

“Program Sumbangan Back To School Kepada 50 Orang Keluarga Yang Kurang Kemampuan adalah anjuran Econsave Pokok Sena Bersama Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

“Sumbangan yang dihulurkan bagi membantu 50 orang keluarga yang kurang kemampuan,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Salim Mahmood.