Wednesday, 24, April, 2024
Utama Negeri Tindakan kepada peniaga naikkan harga terlalu tinggi

Tindakan kepada peniaga naikkan harga terlalu tinggi

oleh Ammar Haziq

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA NEGERI KEDAH
 
ISU KENAIKAN HARGA BARANGAN

 
1.    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kedah memandang serius isu kenaikan harga barangan yang berlaku sepertimana yang telah dibangkitkan oleh pengguna dan media.  Sehubungan itu, KPDNHEP telah menggerakkan seramai 172 orang Pegawai Penguatkuasa dan 51 orang Pegawai Pemantau Harga (PPH) seluruh Kedah bagi memantau serta menangani isu kenaikan harga barangan yang berlaku.
 
2.    Bagi mengurangkan kesan kenaikan harga barangan, terutama, penduduk luar bandar dan pendalaman, KPDNHEP telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk program penyeragaman harga dan program pengedaran barangan perlu seperti beras, minyak masak, gula, diesel petrol Ron 95 dan LPG. 
 
3.    Kenaikan harga barangan seperti ayam dan sayur-sayuran berpunca dari peningkatan kos operasi syarikat penternakan, kos import, kenaikan harga baja dan racun merupakan antara punca yang menyumbang kepada kenaikan harga produk itu di pasaran.  Sebahagian besar kos operasinya melibatkan kos makanan dengan hampir 100% diimport dari negara asing seperti jagung dan soya.  Manakala, bagi sayur-sayuran, ada sayur keluaran tempatan yang harganya naik kerana pada masa ini sudah sampai ke penghujung tahun iaitu musim tengkujuh yang sememangnya harga sayur akan meningkat. Tambahan pula, keadaan cuaca yang tidak menentu dan ketidakseimbangan permintaan dalam pasaran juga menyebabkan harga barangan tersebut naik secara mendadak.
 
4.   Susulan daripada isu kenaikan harga barangan, pihak KPDNHEP Kedah telah menjalankan pemeriksaan berterusan di pasar-pasar awam dan pasar raya untuk memastikan peniaga tidak menjual barangan dengan harga yang terlalu tinggi. Harga di pasar raya juga dapat dilihat ada berlaku kenaikan dan penurunan setiap hari namun tidak melibatkan semua jenis barangan.
 
5.    Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikan harga dan mengambil keuntungan secara berlebihan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut:
 
      i.          Penalti bagi kesalahan Mencatut  Sek 14 (1)
a.     Individu
Denda tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun
Kesalahan kali kedua
Denda tidak melebihi RM250,000.00 atau tidak melebihi 5 tahun penjara
 
b.    Syarikat atau Perbadanan
Denda tidak melebihi RM500,000.00
Kesalahan kali kedua
Denda tidak melebihi RM1, 000, 000.0

6.    Sepanjang tahun ini, KPDNHEP Kedah telah menjalankan pemeriksaan premis sebanyak 69,166 buah premis  bagi seluruh negeri Kedah dan telah menghasilkan sejumlah 924 tindakan kes   yang melibatkan pelbagai akta yang dikuatkuasakan oleh KPDNHEP dengan nilai rampasan sebanyak RM607,051.75  dan nilai kompaun sebanyak RM152,600.00.
 
7.    Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat perbandingan harga barangan keperluan di hujung jari dengan memuat turun aplikasi Price Catcher yang dibangunkan menggunakan platform Android dan iOS bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup.  Aplikasi ini mempaparkan maklumat harga lebih 400 barangan keperluan pengguna seluruh negara secara harian, mingguan dan bulanan.  Melalui aplikasi ini, pengguna dapat menjimatkan masa dan kos untuk membuat perbandingan harga antara premis yang berlainan di sesuatu kawasan.  Seterusnya, pengguna dapat merancang perbelanjaan dengan memilih premis yang menawarkan harga yang berpatutan dan dapat mengoptimakan perbelanjaan.
 
 
8.     Para peniaga disarankan supaya menjadi pengguna pintar dengan merancang pembelian terbaik, mengetahui hak pengguna dan menyalurkan aduan berkaitan kepenggunaan pada saluran yang betul. Jika didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan dengan kenaikan harga barangan, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada Kementerian ini melalui:
 
 
(i)               Portal e-aduan@kpdnhep.gov.my
 
(ii)             Call Centre 1800 886 800
 
(iii)            Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my
 
(iv)           aplikasi telefon pintar Ez ADU
 
(v)             Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245 / 6088 /
Kedah 04-7001745
 
(vi)           talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC)
 
(vii)         Whatsapp ke 019- 279 4317
 
(viii)        lapor/hadir ke mana-mana 6 buah cawangan pejabat KPDNHEP di Negeri Kedah.
 
Rae Morn Verak
Pengarah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Negeri Kedah.
 
26 November 2021

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com