Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri Econsave santuni pesakit kanser

Econsave santuni pesakit kanser

oleh Ammar Haziq

POKOK SENA – Pasar raya Econsave tampil membantu seorang pesakit kanser  Sel Tisu Synovial Sarcoma Tahap 1 dengan menyampaikan sumbangan Econsave Prihatin di Kampung Menerong, Bukit Lada , Pokok Sena baru-baru ini.


Pengurus Besar Econsave Bahagian Utara 1, Zamzuri Mansor berkata, pihaknya turun membantu selepas menerima maklumat daripada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Daerah Pokok Sena.


“Bantuan Econsave seperti keperluan dapur dan rumah yang bernilai RM1,000 diserahkan kepada penerima, Nurul Husna Mohd Radzhi berusia 19 tahun.


“Kami mengharapkan agar bantuan ini dapat meringankan beban keluarga tersebut dan juga menceriakan kehidupan mereka sekeluarga,” katanya.


Antara sumbangan keperluan yang dihulurkan adalah susu tepung, beras, minyak masak, sardin, biskut dan barang-barang keperluan asas yang lain.


Hadir sama Pengurus Econsave Cawangan Pokok Sena, B Devanathan. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com