Saturday, 20, April, 2024
Utama Sukan ‘Tahniah JDT tewaskan pasukan terbaik Malaysia’

‘Tahniah JDT tewaskan pasukan terbaik Malaysia’

oleh Ammar Haziq

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2021 malam ini.

Ucapan tahniah tersebut dimuatkan oleh Muhammad Sanusi melalui Facebooknya selepas JDT FC menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 1-0 pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim.

“Tahniah kepada JDT kerana berjaya menewaskan pasukan terbaik Malaysia, Kedah Darul Aman. Tahniah juga kepada pasukan KDA FC yang pulun hingga ke tiupan wisel penamat. Kalah menang adat perlawanan. Bola adalah bola… Majulah Sukan Untuk Negara…,” tulisnya.

Pada suku akhir pertama Ahad lalu di Stadium Darul Aman, Hijau Kuning berjaya mengikat Harimau Selatan tanpa jaringan namun gagal mengulangi pencapaian tersebut di laman lawan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com