Wednesday, 24, April, 2024
Utama Negeri Persatuan Ulama Kedah sokong langkah tidak perbaharui lesen niaga judi

Persatuan Ulama Kedah sokong langkah tidak perbaharui lesen niaga judi

oleh Ammar Haziq

MENYOKONG HASRAT KERAJAAN NEGERI KEDAH UNTUK TIDAK MEMPERBAHARUI LESEN PERNIAGAAN JUDI

Merujuk kenyataan Menteri Besar Kedah pada 14 November 2021 yang menegaskan untuk tidak memberi kelulusan kepada permohonan baharu lesen perjudian serta tidak memperbaharui lesen perjudian sedia ada sebaik lesen tamat tempoh di seluruh negeri ini.

Persatuan Ulama Kedah menyokong penuh hasrat Kerajaan Negeri Kedah untuk tidak memperbaharui lesen perniagaan judi dalam usaha menjadikan negeri ini bebas daripada aktiviti perjudian. Tabiat berjudi dalam kalangan rakyat perlu dibanteras supaya agenda pembangunan insan di Kedah dapat disegarkan semula.

Persatuan Ulama Kedah mengalu-alukan keputusan ini, kerana tabiat berjudi tidak memberi kesan yang positif bahkan menghancurkan institusi kekeluargaan serta boleh mengancam keselamatan awam sekaligus melibatkan aktiviti jenayah yang berpunca dari perjudian.

Persatuan Ulama Kedah juga berharap Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengambil langkah yang sama untuk menghentikan pemberian lesen baharu untuk aktiviti perjudian ini agar tidak mendapat kemurkaan daripada Allah.

USTAZ HAFIZ MUSTAFA LUBIS
Yang DiPertua
Persatuan Ulama Kedah.

https://www.facebook.com/449006028764780/posts/1634278810237490/

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com