Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri 35 penagih termasuk pengedar dicekup polis

35 penagih termasuk pengedar dicekup polis

oleh Ammar Haziq

Pada 14 hingga 15 November 2021, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah telah menjalankan satu operasi khas bersepadu di Daerah Pendang, Kedah. Kawasan serbuan antaranya meliputi Kampung Paya Kechut, Kampung Charok Kudung, Kampung Asam Jawa, Kampung Bendang Raja. Kampung Lubang Leret, Kampung Paya Sulaiman dan Kampung Lahar Batu.


Hasil serbuan, telah berjaya menangkap seramai 35 orang bagi pelbagai
kesalahan dadah iaitu seramai 3 orang ditangkap di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952, 8 orang ditangkap di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952,1 orang ditangkap di bawah Seksyen 6 ADB 1952 dan 23 orang ditangkap di bawah Seksyen 15(1 a) ADB 1952. 
Jumlah rampasan dadah jenis Heroin anggaran berat 9.57 gram, jumlah dadah jenis Syabu anggaran berat 5.81 gram dan jumlah dadah jenis Ganja anggaran berat 2.52 gram. Kesemua tangkapan berusia antara 19 tahun hingga 60 tahun.

Daripada jumlah tangkapan yang dibuat, semakan rekod lampau mendapati terdapat tangkapan yang berpotensi untuk dituduh di bawah Seksyen 39C ADB 1952. Hasil siasatan awal yang dilakukan juga mendapati terdapat pengedar dadah yang berpotensi untuk di siasat di bawah Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

Kejayaan ini adalah hasil usaha Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Di Raja Malaysia dalam memastikan aktiviti pengedaran dadah berbahaya berjaya di tumpaskan.

Pihak polis juga sentiasa memerlukan kerjasama serta penglibatan masyarakat dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah yang berlaku di sekeling mereka kepada pihak polis.

Sekian, terima kasih.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

ACP MOHD TAUFIK BIN MAIDIN
KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK KEDAH
16 November 2021

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com