Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri E10 : Permit Pembinaan Ekspres diguna di seluruh PBT Kedah

E10 : Permit Pembinaan Ekspres diguna di seluruh PBT Kedah

oleh Ammar Haziq
Dato’ Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim

ALOR SETAR – Sukacita dimaklumkan bahawa, Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama strategik Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara komited dalam memastikan proses 1E10 : Permit Pembinaan Ekspres’ akan digunapakai di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Kedah dalam memacu pertumbuhan produktiviti dan daya saing Negeri Kedah Darul Aman ke peringkat yang lebih tinggi.

Sehubungan dengan itu, dalam usaha untuk meningkatkan prodüktiviti dan merealisasikan inisiatif ini, pembangunan ‘work instruction’ serta perkongsian data geospatial sedang dibangunkan melalui penglibatan semua pihak yang merangkumi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Pengarah Tanah & Galian (PTG), Pejabat Daerah & Tanah, serta agensi teknikal kerajaan dan swasta yang terlibat secara langsung termasuk pihak perunding.

Bagi memastikan pelaksanaan proses EIO secara holistilç beberapa şiri Sesi Libat Urus Pembangunan ‘Work Instruction & Geospatial’ yang difasilitasikan oleh Perbadanan Prodüktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara bersama seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah Darul Aman akan diadakan.

Proses ‘EIO : Permit Pembinaan Ekspres’ ini merupakan proses permohonan Kebenaran Merancang (KM) bagi sesebuah pembinaan bangunan / kilang sehingga Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) serta lesen pengoperasian diperolehi dalam tempoh 10 bulan atau tempoh yang dipersetujui dari tarikh permohonan tersebut dimajukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membolehkan perusahaan / kilang tersebut dapat beroperasi sekaligus mampu untuk menghasilkan produk.

Proses EIO ini juga akan dipromosikan kepada pelabur semasa kunjungan delegasi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman ke Dubai Investment Expo 2021 pada 22 hingga 26 November 2021 bagi menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di Negeri Kedah Darul Aman.

Sekian dimaklumkan.

YB DATO’ PADUKA AMMAR BIN DATO’ SHAIKH MAHMOOD NAİM 

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com