Econsave bantu ringankan beban mangsa banjir

58
Zamzuri (empat kiri) hadir menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir di Pokok Sena, Kedah baru-baru ini.

POKOK SENA – Pasar Raya Econsave tampil membantu menyumbang kepada 25 mangsa yang terputus bekalan makanan akibat banjir kilat yang berlaku baru-baru ini di Pokok Sena, dekat sini.

Pengurus Besar Pasar Raya Econsave Bahagian Utara 1, Zamzuri Mansor berkata, sebanyak lapan keluarga yang terjejas akibat banjir kilat tersebut dan menumpang di Pusat Permindahan Sementara Surau Kampung Permatang Limau, Mukim Lesong, Pokok Sena.

“Program Sumbangan ini diberikan kepada Kepada penduduk sekitar Pokok Sena yang terjejas akibat banjir kilat dan menerima bantuan daripada Econsave Cash & Carry (Pokok Sena) Sdn Bhd.

“Antara barang keperluan yang disumbangkan adalah beras, gula, sardin, cream cracker dan tepung gandum,” katanya.

Hadir sama pada program penyerahan sumbangan tersebut adalah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Pokok Sena, Shahrizal Ghazali dan Pengurus Pasar Raya Econsave Cawangan Pokok Sena, B Devanathan.