Saturday, 20, April, 2024
Utama Politik Orang Melayu tidak perlu banyak parti politik

Orang Melayu tidak perlu banyak parti politik

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA, 9 Okt. – Orang Melayu tidak perlu mempunyai banyak parti politik.

Ini kerana menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kewujudan banyak parti politik Melayu hanya akan menyebabkan orang Melayu berpuak-puak.

“UMNO satu sudah cukup, ni kalau buat bagi banyak lagi, kita akan berpuak-puak.

“Ikutlah pakat-pakat dalam satu organsisasi,” katanya kepada media selepas merasmikan Hari Sukan Negara 2021 (HSN 2021) peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar di sini hari ini.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media yang menyebut Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah mengetuai mesyuarat dengan sekumpulan veteran UMNO bagi membincangkan usaha mewujudkan ‘UMNO lama’ semalam.

Mahdzir berkata, tiada keperluan untuk menubuhkan parti politik yang baharu sebaliknya lebih baik menyertai parti politik sedia ada di negara ini.

Mengulas mengenai cadangan penubuhan sebuah parti politik baharu iaitu Parti Kuasa Rakyat, Mahdzir berkata pada masa ini sudah terlalu banyak parti politik dalam kalangan orang Melayu.

“Orang Melayu yang banyak sangat parti ni, rakan-rakan kaum Cina dan India tidak sebanyak orang Melayu. Tak tau lah apa matlamat mereka (tubuh parti baharu),” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com