Sembunyi pokok tanduk rusa bawah sayur elak ditahan

77
90 pokok tanduk rusa yang disembunyi dibawah timbunan sayur-sayuran telah ditahan kerana tidak mempunyai Permit Import MAQIS.

KENYATAAN MEDIA

CUBAAN MENYELUDUP POKOK TANDUK RUSA DIGAGALKAN MAQIS KEDAH

Bukit Kayu Hitam, 4 Oktober – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk pokok tanduk rusa tanpa Permit Import yang sah apabila menahan sebuah lori dari Thailand di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.

Menurut MAQIS Negeri Kedah, hasil operasi yang dijalankan oleh pegawai Penguat Kuasa MAQIS telah menemukan 90 pokok tanduk rusa yang disembunyi dibawah timbunan sayur-sayuran telah ditahan kerana tidak mempunyai Permit Import MAQIS. Kesemua barang dagangan dianggarkan bernilai RM 4,500 ditahan untuk tindakan lanjut.

Katanya lagi, kegagalan untuk mengemukakan Permit Import yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 100,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama.  

Sehubungan itu, MAQIS memberi amaran tegas kepada mana-mana pengimport supaya sentiasa mematuhi syarat import yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa di semua pintu masuk negara bagi keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan aspek biosekuriti negara terjamin.