Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Segerakan pembinaan loji rawatan, bekalan air di Kedah Rubber City

Segerakan pembinaan loji rawatan, bekalan air di Kedah Rubber City

oleh Ammar Haziq
Mahdzir (tengah) semasa meninjau tapak projek Kedah Rubber City di Padang Terap hari ini.

KENYATAAN MEDIA – 2 OKTOBER 2021

DATO’ SERI MAHDZIR KHALID
MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

PADANG TERAP, 2 Oktober 2021 – Kerajaan Negeri Kedah digesa menyegerakan pembinaan loji rawatan dan bekalan air di tapak projek Kedah Rubber City di Padang Terap.

Tegas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pembinaan loji rawatan dan bekalan air itu amat penting untuk membolehkan syarikat yang melabur di kawasan itu dapat beroperasi sepenuhnya secepat mungkin.

“Ada syarikat yang telahpun least tanah untuk tujuan industri. Tapi saya berharap bahawa kerajaan negeri dapat mempercepatkan proses loji rawatan air kerana saya takut nanti syarikat nak masuk tapi loji rawatan air belum siap. Jadi kalau air tak ada, dalam industri getah ni perlukan bekalan air yang banyak”.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Penyerahan Bas Tambahan MARA Liner di Kuala Nerang, Kedah hari ini.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, selain bekalan air, projek pembangunan Kedah Rubber City juga memerlukan bekalan elektrik yang lebih tinggi.

“Untuk Padang Terap ni tak cukup bekalan elektrik sebab sekarang yang digunakan untuk seluruh Padang Terap ni 33 kb dan kita perlukan 132 kb dan 132 kb ni kena datang daripada Tanjung Pauh, Jitra, lebih kurang 41 kilometer”.

Beliau yang sebelum itu meninjau tapak pembinaannya turut menggesa kerajaan negeri untuk menyegerakan proses pengambilan tanah bagi membolehkan projek itu dapat dilaksanakan dengan lancar.

Ketika ini menurutnya, Kedah Rubber City telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM2 bilion daripada dua buah syarikat hiliran produk berasaskan getah.

Kerja-kerja tapak sedang giat dijalankan oleh Northern Corridor Economic Region, (NCER).

Setakat ini, projek itu sedang dalam Fasa 1 dengan lebih 24 hektar tanah sudah siap disediakan infrastruktur dan platform pembangunan fizikal, katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com