Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Kementerian Sumber Manusia bantu tingkatkan vaksinasi daerah Pendang

Kementerian Sumber Manusia bantu tingkatkan vaksinasi daerah Pendang

oleh Ammar Haziq
Awang (tiga berdiri dari kanan) meninjau program Outreach Vaksinasi Covid-19 khusus di daerah pendang di Jenun, dekat sini pada hari ini.

Kementerian Sumber Manusia menerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) mengadakan program Outreach Vaksinasi Covid-19 khusus di daerah pendang bagi meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan penduduk di sini.

Kita menyedari fakta seperti yang diumumkan Menteri Kesihatan bahawa kadar vaksinasi dalam kalangan penduduk dewasa yang layak mendapat suntikan vaksin adalah masih rendah iaitu pada kadar 51.16 peratus (38,115).

Program berbentuk tanggungjawab sosial (CSR) ini melibatkan petugas kesihatan seperti doktor perubatan dan jururawat di bawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dijalankan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan lain iaitu Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Penerangan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Atas kesedaran itu, KSM akan membantu mempercepatkan proses vaksinasi dalam kalangan penduduk dengan mengambil pendekatan turun kelapangan (outreach) masuk ke dalam kampung bagi membantu meningkatkan pendaftaran dan kesedaran akan kepentingan vaksinasi dalam membentuk imunisasi kelompok.

Setakat hari ini, program outreach ini telah dilaksanakan di beberapa kawasan daerah Pendang iaitu di Kampung Bukit Tegur, KEDA Lahar Tunjung, KEDA Asam Jawa dan hari ini kita menganjurkan program ini di KEDA Tanjung Setul.


Dalam konteks mempercepatkan kadar vaksinasi ini, kita merancang untuk menganjurkan lagi beberapa program seumpama dengan matlamat bagi mempertingkatkan kadar vaksinasi.

Turut dirancang adalah program seumpama yang akan dilaksanakan di beberapa daerah di negeri Kedah yang kadar vaksinasinya masih lagi rendah seperti Sik dan Baling.


Dalam pada itu, kita juga mencadangkan kepada kementerian kesihatan Malaysia (KKM) bagi melanjutkan tempoh operasi pusat pemberian vaksin(PPV) di daerah pendang dan beberapa lagi daerah negeri ini bagi memudahkan orang awam hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Usaha sebegini akan diteruskan malahan akan disebarluaskan sebagai usaha untuk mempercepatkan peralihan kepada Program Pemulihan Negara Fasa 2. Sekian, terima kasih.

YB Datuk Haji Awang Hashim
Timbalan Menteri Sumber Manusia,
Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(MNKKP)
Ahli Parlimen Pendang

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com