Maqis tahan 140 kg ubi keladi di Bukit Kayu Hitam

65

BUKIT KAYU HITAM, – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah menahan sebuah lori yang membawa ubi keladi dari negara Thailand di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Menurut MAQIS Negeri Kedah, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati 140 kilogram (kg) ubi keladi yang tidak mempunyai Permit Import Jabatan MAQIS dan juga Sijil Fitosanitasi daripada negara asal. Kesemua ubi keladi yang dianggarkan bernilai RM1,120 tersebut ditahan bagi tindakan lanjut.

Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit yang sah adalah menjadi suatu kesalahan dibawah Sekyen 11(1) Akta Perhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia [Akta 728] yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3) di bawah Akta sama, yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya lagi, pihak MAQIS sentiasa memantau dan memeriksa keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara untuk memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Perhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)