Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Tokoh Ulama besar Kedah meninggal dunia

Tokoh Ulama besar Kedah meninggal dunia

oleh Ammar Haziq
Datuk Ahmad Muhammad Nor

KUALA NERANG – Kedah kehilangan seorang tokoh ulama terkenal, Datuk Ahmad Muhammad Nor, 96 yang meninggal dunia di Hospital Kuala Nerang , Padang Terap pada pagi Rabu akibat jangkitan paru-paru.

Pemergian Tok Guru Pak Teh Mad pada jam 12.57 pagi bukan sahaja kehilangan besar kepada Kedah tetapi juga buat negara ini.

Cucu Allahyarham, Mariam Abdul Ghani mengesahkan perkara tersebut apabila Tok Guru meninggal dunia di disisi doktor yang merawatnya.

“Tok Ayah saya, Tuan Guru Haji Ahmad (Pak Teh Mad) menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.57 pagi pada 15 September bersamaan 8 Safar 1443H di Hospital Kuala Nerang di sisi Dr Bukhari yang merawat serta mengajar kalimah shahadah,” katanya.

Dia berkata demikian dalam satu hantaran Facebooknya pada Rabu.

Allahyarham dilahirnya pada 16 November 1925 di Kampung Tanjung  Mukim Padang Terap dan merupakan Pengasas Maktab Mahmud Padang Terap dan Pondok Ahmadiah.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com