Thursday, 28, March, 2024
Utama Negeri 21 pelajar cemerlang SPM, STPM julang SMK Dato Syed Ahmad

21 pelajar cemerlang SPM, STPM julang SMK Dato Syed Ahmad

oleh Ammar Haziq
Badrol Hisham (kanan) menyerahkan sijil penghargaan kepada seorang pelajar cemerlang di SMK Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang baru-baru ini. Turut kelihatan Rosli (dua kiri).

KUALA NERANG – Kejayaan 16 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lima pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang meraih keputusan A dalam semua subjek bagi kedua-dua peperiksaan umum itu pada 2020 membanggakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, sebagai alumni di sekolah tersebut, beliau turut berbangga dengan pencapaian yang diraih biarpun berada di luar bandar.

“Tahniah kepada 16 orang pelajar SPM dan lima orang pelajar STPM yang telah berjaya mencapai keputusan straight A dalam peperiksaan lepas. Tahniah juga kepada pihak pentadbiran dan guru-guru yang tidak pernah berputus asa dalam mendidik anak-anak pelajar sehingga memperoleh keputusan yang cemerlang.

“Sebagai alumni sekolah ini, saya sentiasa mengikuti perkembangan dan amat berbangga dengan pencapaian sekolah ini dari masa ke semasa. Semoga SMK Dato Syed Ahmad terus melakar kejayaan di masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Dato Syed Ahmad, Rosli Endut berkata, pencapaian SPM 2020 bagi pelajar sekolah tersebut adalah dua kali ganda berbanding tahun 2019.

“Biarpun pelbagai halangan dihadapi seperti masalah PdPR kerana liputan internet di sesetngah kawasan lemah dan tiada langsung namun tidak menghalang pelajar terus menuntul ilmu.

“Guru-guru juga sentiasa membantu pelajar dengan menyediakan bahan-bahan belajar dengan meletakkan di dalam bekas dan pelajar yang mengalami masalah PdPR akan mengambil bahan-bahan tersebut di sekolah,” ujarnya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com