Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri SPRM Kedah tahan empat pegawai kanan syarikat

SPRM Kedah tahan empat pegawai kanan syarikat

oleh Ammar Haziq

SALAH GUNA KUASA: EMPAT PEGAWAI KANAN SYARIKAT DITAHAN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Kedah hari ini menahan empat pegawai kanan sebuat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan kedudukan membabitkan dana bernilai kira-kira RM 2.2 juta.

Menurut sumber, kesemua suspek yang berumur diantara 49 tahun hingga 58 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Kedah diantara pukul 3.45 petang sehingga 4.15 petang selepas hadir memberi keterangan.

Tambah sumber lagi, siasatan awal mendapati Ketua Pegawai Eksekutif bersama-sama tiga lagi pegawai kanan syarikat terbabit telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukan dengan menyalurkan sejumlah dana syarikat tersebut yang dianggarkan bernilai RM2.2 juta pada tahun 2016 sehingga 2019 ke dalam dua buah syarikat  yang disyaki kesemua suspek mempunyai kepentingan dalam kedua-dua syarikat berkenaan. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkap tersebut. Beliau berkata kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan kesemua suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar esok pagi bagi permohonan reman.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com