Saturday, 27, April, 2024
Utama Negeri PKPD : Operasi Feri Kuala Kedah- Langkawi dihentikan esok

PKPD : Operasi Feri Kuala Kedah- Langkawi dihentikan esok

oleh Ammar Haziq

PENUTUPAN TERMINAL FERI PENUMPANG KUALA KEDAH, KEDAH DARUL AMAN

DISEBABKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) MUKIM KUALA KEDAH BERMULA 6 SEPTEMBER 2021 (ISNIN) SEHINGGA 19 SEPTEMBER 2021 (AHAD) 

PELABUHAN KLANG – Selaras dengan Kenyataan Media Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertarikh 4 September 2021, dua zon dalam Mukim Kuala Kedah akan dikenakan PKPD mulai jam 12.01 pagi 6 September 2021 (Isnin) sehingga jam 11.59 malam 19 September 2021 (Ahad).  

Penguatkuasaan arahan PKPD ini melarang semua jenis pergerakan keluar dan masuk ke lokaliti terlibat menyebabkan perkhidmatan feri penumpang dihentikan sepenuhnya. Oleh demikian, Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah di bawah seliaan Jabatan Laut Malaysia (JLM) akan ditutup sepanjang tempoh PKPD ini dilaksanakan dan tiada perkhidmatan feri dibenarkan dari Kuala Kedah ke Langkawi atau dari Langkawi ke Kuala Kedah sepanjang tempoh PKPD ini. 

Perkhidmatan Feri antara Kuala Perlis ke Langkawi atau dari Langkawi ke Kuala Perlis masih diteruskan. Oleh itu, penumpang yang perlu keluar atau masuk ke Pulau Langkawi boleh menggunakan perkhidmatan feri yang akan beroperasi mulai esok 6 September 2021 (Isnin) dengan kekerapan satu (1) perjalanan sehari iaitu:

-Jam 1100 pagi – Dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis dan,

Jam 1300 tengahari – Dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi

Kekerapan perjalanan feri akan ditambah mengikut permintaan serta jadual air pasang surut. Jumlah kapasiti penumpang pada satu-satu masa hanya 50% dibenarkan dari jumlah keseluruhan tempat duduk di dalam feri penumpang dan pergerakan rentas negeri perlu kebenaran Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Bagi penumpang yang telah menempah tiket feri dari Kuala Kedah ke Langkawi atau dari Langkawi ke

Kuala Kedah dalam tempoh PKPD ini masih mempunyai alternatif lain dengan:-

  1. Membuat tuntutan bayaran balik harga tiket melalui emel seperti mana tercatat pada boarding

pass bagi pembelian secara dalam talian (online) atau

  • Membuat tuntutan bayaran balik di kaunter tiket bagi pembelian di kaunter atau
  • Menukar perjalanan keluar atau masuk melalui kaunter tiket di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis. 

Operasi Perkhidmatan Perlu Mod Pengangkutan Laut (Essential Services) di Terminal Kargo Kuala Kedah dan Terminal RORO Kuala Perlis akan diteruskan seperti biasa.

JLM menggesa semua pihak mematuhi kesemua Standard Operating Procedure (SOP) Norma Baharu berkuat kuasa yang diperkenalkan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini demi menjaga keselamatan dan kesihatan semua pihak.

JABATAN LAUT MALAYSIA 1000 HRS, 5 SEPTEMBER 2021                                     

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com