Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Pelancongan Langkawi dibuka 16 September ini

Pelancongan Langkawi dibuka 16 September ini

oleh Ammar Haziq

EXCO PELANCONGAN NEGERI KEDAH
KENYATAAN MEDIA
3 SEPTEMBER 2021

  1. Kerajaan Negeri Kedah menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri pada
    hari ini mengenai pembukaan semula sektor pelancongan di Pulau Langkawi bermula
    16 September 2021 sekaligus menjadi lokasi pelancongan pertama di Malaysia yang
    dibuka dan dipilih sebagai projek rintis program Gelembung Pelancongan pasca
    Covid-19.
  2. Kerajaan Negeri bersama agensi berkaitan serta pemain industri tempatan telah
    lama bersedia bagi hasrat ini sekaligus berharap agar dapat keluar dari kemelut dan
    kelesuan sektor pelancongan hampir 2 tahun lamanya.
  3. Ketika ini Pulau Langkawi telah mencapai kadar vaksinasi sebanyak 89.2% dos
    pertama dan 82.3% dos kedua (data Jabatan Kesihatan Negeri Kedah setakat Ogos
    2021) sekaligus telah mencapai imunasi kelompok seperti yang ditetapkan oleh
    Majlis Keselamatan Negara (MKN).
  4. Lokasi pelancongan lain di negeri Kedah juga ketika ini bertungkus lumus mencapai
    kadar vaksinasi sekurang-kurangnya 80% seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan
    Persekutuan bagi membolehkan sektor pelancongan dibuka semula selain daripada
    Pulau Langkawi.
  5. Kerajaan Negeri juga berharap selain Kedah khususnya Pulau Langkawi, lokasi sektor
    pelancongan di negeri lain juga mendapat kebenaran untuk dibuka kembali supaya
    setiap pemain industri mendapat manfaat dan saling bekerjasama mempromosi
    produk pelancongan antara negeri.
  6. Walaupun sektor pelancongan di Pulau Langkawi telah dibuka kelak, aspek
    pematuhan SOP tetap dititik berat dan diberi penekanan yang tegas seperti
    memastikan pelancong yang hadir telah mendapat dua dos vaksin lengkap,
    mendaftar di My Sejahtera (check in), memakai pelitup muka dan menjaga
    penjarakan sosial. Ini kerana kita mengambil iktibar daripada lokasi pelancongan
    terkenal di Phuket dan Bali yang terlebih dahulu dibuka dan kini telah ditutup
    kembali susulan penularan kes jangkitan baru terutamanya oleh varian Delta.
    YB TUAN MOHD FIRDAUS BIN AHMAD
    EXCO PELANCONGAN, SENI & BUDAYA NEGERI KEDAH

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com