Wednesday, 24, April, 2024
Utama Nasional Wang tunai, 200 cabutan bertuah menanti peserta kayuhan hijau secara virtual

Wang tunai, 200 cabutan bertuah menanti peserta kayuhan hijau secara virtual

oleh Ammar Haziq

Hadiah wang tunai dan lebih 200 hadiah cabutan bertuah menanti peserta yang menyertai kayuhan hijau sempena Hari Alam Sekitar Negara 2021 (HASN 2021) Peringkat Wilayah Persekutuan.

Pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan JAS (Jabatan Alam Sekitar) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Luqman Baharuddin berkata, acara kayuhan ini akan dilaksanakan secara virtual sejauh 25 kilometer.

Menurutnya, bagi mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran bermula 25 Ogos 2021 sehingga 15 September 2021 manakala tempoh kayuhan pula bermula 1 September 2021 hingga 1 Oktober 2021.

“Jadikan kayuhan anda lebih bermakna dengan menyertai pertandingan swafoto dan video ucapan cintai alam sekitar melalui kayuhan hijau sempena Hari Alam Sekitar Negara 2021 (HASN 2021) Peringkat Wilayah Persekutuan.

“Rekod kayuhan 25 km ini boleh dilakukan dengan menggunakan mana-mana aplikasi yang bersesuaian,” katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com