Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri PIBG SMK Agama Kedah bantu pelajar terjejas kepala air

PIBG SMK Agama Kedah bantu pelajar terjejas kepala air

oleh Ammar Haziq

YAN:Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Agama Kedah rasa terpanggil untuk menyantuni seorang pelajar sekolah berkenaan Nur Syifa’ Ahmad Fisal,14, selepas rumahnya terjejas akibat tragedi kepala air Rabu lalu.

Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan, Abd Ghani Abidin, berkata dia amat bersyukur di atas keprihatinan para warga sekolah bagi melancarkan derma prihatin bagi meringankan beban keluarga Nur Syifa’ yang tinggal di Jalan Tunku Mahmud, Yan.

“Semoga dengan sedikit bantuan ini, ianya dapat meringankan beban perbelanjaan keluarga berkenaan terutamanya dalam menanggung kos pembaikan kediaman serta pembelian perkakas rumah yang telah rosak ditenggelami air serta lumpur tanah,”katanya.

Sementara itu, Pengetua SMKAK, Mohd Nazri Ishak yang telah menyampaikan sumbangan ini berkata, pihak sekolah amat menyanjung tinggi usaha pihak PIBG khasnya yang telah menganjurkan Program Ziarah Cakna dan Prihatin.

Menurut beliau, semoga dengan sumbangan wang ringgit serta barangan dapur ianya dapat menarik nafas lega keluarga ini serta dapat menghilangkan trauma yang mereka alami disaat berhadapan dengan tragedi banjir lumpur ini.

Katanya, pihak sekolah sentiasa cakna dengan nasib para pelajar khususnya mereka yang diuji dengan musibah.

“Harapan pihak sekolah agar anak pelajar ini terus bangkit dan bersemangat serta dapat mengikuti pembelajaran dalam situasi pandemik Covid-19 ini yang belum reda.

“Amat besar harapan pihak sekolah agar pelajar ini dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas ini bagi memastikan dia tidak tercicir dalam pelajaran,” nasihat beliau.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com