Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Ahli Parlimen Pendang hargai kepercayaan PM

Ahli Parlimen Pendang hargai kepercayaan PM

oleh Ammar Haziq
Datuk Haji Awang Hashim

Alhamdullilah, dengan rasa rendah hati, saya merakamkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah SWT dan berterima kasih atas kepercayaan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melantik kembali saya sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia di bawah pentadbiran kerajaan beliau.

Lantikan di Kementerian yang sama ini semestinya akan memberi lebih ruang dan peluang kepada saya untuk meneruskan agenda memperkasa pengurusan sumber manusia negara terutama isu kebajikan pekerja dan hak hak majikan.

Di pihak saya, kami akan meneruskan semua usaha yang sudah dilakukan dalam memastikan pentadbiran negara terus berjalan lancar.
Saya berjanji akan sentiasa menyokong segala usaha-usaha Kerajaan dalam memulihkan negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Saya berjanji akan memberikan sepenuh komitmen dan bekerja bersungguh-sungguh dalam melaksanakan amanah yang amat besar ini.

Selari dengan hasrat YAB Perdana Menteri, Keluarga Malaysia akan menjadi pendekatan malar segar dalam pentadbiran kerajaan baharu ini melalui penyampaian perkhidmatan dan maklumat yang lebih efisien.

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kemudahan kepada kita semua berjuang bersama-sama rakyat dalam misi keluar daripada kemelut pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

DATUK HAJI AWANG BIN HASHIM
AHLI PARLIMEN PENDANG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com