Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri Alumni SMURU 1988 bantu ahli terkesan Covid-19

Alumni SMURU 1988 bantu ahli terkesan Covid-19

oleh Ammar Haziq
Ahmad Assim menyampaikan sumbangan kepada ahli ALUMNI SMURU 1988 baru-baru ini.

ALOR SETAR – Persatuan ALUMNI SMURU 1988 Sekolah Menengah Agama Raudhatul Ulum, Langgar telah menggerakkan sumbangan dalam membantu meringankan bebanan ahli-ahli persatuannya yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini.

Kutipan dana para ahli dan orang perseorangan dapat dikumpulkan untuk menjayakan program yang mulia ini.

Menurut Penasihat Persatuan ALUMNI ini, Dato’ Kamil Din, inisiatif ini muncul setelah Persatuan mendapati beberapa ahli yang sangat terkesan dari sudut ekonomi mereka dalam tempoh Pandemik ini.

Kehilangan sumber mata pencarian, perniagaan terjejas serta hilang pekerjaan dikalangan ahli menyebabkan Jawatankuasa ALUMNI ini terpanggil untuk turut membantu sedaya mungkin agar dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh ahli-ahli persatuan ALUMNI ini.

Sebagai Pengerusi Persatuan ALUMNI ini, Ahmad Assim Mat Salleh, turut bersependapat bahawa, disaat seluruh dunia terkesan dengan wabak Covid-19 ini, yang entah bila akan hilang, amat wajarlah pihak kami sentiasa cakna di atas nasib yang menimpa ahli-ahli persatuan ini.

Semoga dengan sedikit bantuan berbentuk wang ringgit dan bahan mentah ini ianya dapat menghela nafas lega dikalangan ahli yang amat terkesan di atas ujian ini.


Pihak Persatuan amat berterima kasih di atas sumbangan para ahli serta orang perseorangan dalam mengumpul dana dalam menjayakan program ini. Semoga dengan sedikit bantuan ini ia dapat menggembirakan ahli persatuan yang kurang bernasib baik ini serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli agar terus berpanjangan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com