Tuduhan PN Kedah hina 3 juta ahli UMNO

177
Dato Seri Jamil Khir Hj Baharom

Kenyataan Media
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah

BERKAITAN LAPORAN POLIS YG DI BUAT OLEH KETUA PENERANGAN PERIKATAN NASIONAL KEDAH

  1. Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah meneliti dengan serius laporan polis yang dibuat oleh Ketua Penerangan Perikatan Nasional negeri Kedah, saudara Khairul Anuar Ramli ke atas YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno sepertimana diperihalkan dalam portal dalam talian Sinar Harian.

2.Di antara lain laporan dibuat dengan dakwaan kononnya Presiden UMNO YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memperdayakan Yang Dipertuan Agong berhubung jumlah Ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan dari kerajaan PN seusai Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos 2021.

  1. Ini adalah merupakan suatu tuduhan yg amat menjijikkan serta sebuah penghinaan bukan sahaja kepada President Umno bahkan seluruh ahli Umno yg melebihi 3 juta keahlian.
  2. Hakikatnya yang terkeliru fakta ialah saudara Khairul Anuar sendiri. Selaku Ketua Bahagian PPBM Padang Serai dimana beliau terlalu gopoh dalam memahami rentetan peristiwa.

5.Jumlah 8 Ahli Parlimen UMNO yang menarik diri dari mendokong kerajaan PN dan kepimpinan Tan Sri Mahiaddin selaku Perdana Menteri adalah senarai awal yang diberikan kepada Speaker Dewan Rakyat sebagai pemakluman bagi disusun letakkan dikerusi dewan bukan barisan kerajaan. Pada 30 Julai surat akuan Ahli Parlimen berkenaan dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong.

  1. Kemudian disusuli dengan senarai surat akuan tambahan senarai Ahli Parlimen UMNO yang menarik diri dipersembahkan secara berturutan kehadapan Yang Dipertuan Agong. Selepas dari ini akan ada lagi beberapa senarai nama yang dikemukakan bagi tujuan yang sama.
  2. Justeru,Isu memperdaya Yang Dipertuan Agong tidak berbangkit. Apa yang dilakukan oleh YB Dato Seri Presiden Parti Umno adalah urusan rasmi beliau atas kapasati ketua kepada sebuah parti. Ianya juga dilakukan selepas Mesyuarat MT dilaksanakan.

8.Dalam kontek laporan polis diatas perkara pokok yang perlu difikirkan oleh Perikatan Nasional Negeri Kedah ialah apakah Kerajaan PN hari ini memiliki cukup sokongan majoriti dari Ahli Parlimen untuk kekal selaku memerintah serta perlu diabsah kan tanpa dilengahkan. Jika diteliti berdasarkan perkembangan semasa, jumlah bilangan yang menyokong semakin berkurang dan menjadi tanda soal disudut Perlembagaan.

9.Justeru rakyat perlu diyakinkan bahawa kerajaan memiliki legitimasi yang kuat, disamping jumlah majoriti yg perlu dibukti maka secara ‘gentleman’ ianya perlu di percepatkan serta disegerakan sekarang bagi pengabsahan disidang khas Parlimen.

10.Pendekatan berkenaan lebih afdal bagi mengurai dan merungkaikan segala persoalan berbangkit yang menjadi bahan bualan netizen dan masyarakat berbanding menangguhkan sidang Parlimen sehingga ke bulan September.

Mejar Jeneral (B)
Dato Seri Jamil Khir Hj Baharom
Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Neg Kedah
05/08/2021

5 Ogos 2021